Sesi bermula dengan penghujahan oleh peguam Sulaiman Abdullah bagi pihak Nizar.
Sulaiman: Jika apa yang diperkatakan oleh mereka dapat diterima, Perdana Menteri boleh dikejutkan jam 2 pagi dan diberitahu bahawa Agong telah mengeluarkan sidang media mengatakan PM perlu meletakkan jawatan kerana telah kehilangan majoriti didalam parlimen.
Jika Sultan mempunyai kuasa untuk memecat, katakanlah beliau mempunyai kuasa itu, perkara itu terletak didalam Artikel 18. Tetapi sekarang tidak. Ianya tidak terletak didalam mana-mana artikel.
Sulaiman sekali lagi menegaskan bahawa SATU-SATUNYA cara untuk memecat Menteri Besar adalah dengan undi tidak percaya dilantai dewan undangan negeri.
Sulaiman berhujah soal berapa bilangan kerusi DUN Perak yang dipegang BN tidak relevan dan apa yang penting adalah peruntukan yang dinyatakan Perkara 16 (6) Undang-Undang Tubuh Perak.
Sulaiman menjelaskan lagi bahawa persoalan Nizar perlu meletakkan jawatannya tidak timbul kerana undi tidak percaya terhadapnya belum lagi dijalankan.
Sulaiman berhujah dengan berkata bahawa pihak Nizar tidak mencabar hak-hak istimewa Baginda Sultan. Tetapi tidaklah sepatutnya terus mengatakan bahawa ada kehilangan kepercayaan dan Nizar perlu mengosongkan jawatan Menteri Besarnya.
Beliau menggesa agar para hakim tidak mengganggu keputusan yang telah dibuat mahkamah sebelum ini.
Seorang lagi peguam Nizar, Ranjit Sigh menguatkan lagi hujah Sulaiman Abdullah sebelum ini bahawa perkara yang penting adalah apakah yang difikirkan oleh Nizar.
Ranjit mengatakan pentingnya apakah yang difikirkan Nizar kerana persoalan yang dibangkitkan adalah apa yang berlaku semasa Nizar menghadap Sultan Perak pada 4 Februari lalu.
Didalam penghujahan awal Sulaiman, dia mengatakan bahawa apa yang ada difikiran Sultan tidak berkaitan (irrelevant) berbanding dengan apa yang difikirkan oleh Nizar.
Peguam Nizar telah selesai dengan penghujahan mereka dan meminta hakim menolak rayuan Zambry.
Kini sesi penyangkalan dari peguam Zambry, Cecil Abraham bermula.
Cecil membantah dengan mengatakan bahawa terdapat lebih daripada satu cara untuk memecat menteri besar dan bukan hanya melalui undi tidak percaya.
Tun Abdul Majid Hamzah yang mewakili pihak Peguam Negara memulakan sesi penyangkalan mereka.
4.56 pm : Mahkamah memutuskan untuk membuat keputusan rayuan Zambry jam 3.30 petang esok.
(ajijoi blogspot)
No comments:
Post a Comment