Wednesday, 3 June 2009

Lagi kisah husam...

Gua kurang setuju dengan saranan Malaysiawaves baru2 ni dalam http://www.malaysiawaves.com/2009/05/kalau-tak-suka-husam-undilah-mat-sabu.html

Bukan apa, pertandingan jawatan TP ni adalah 3 penjuru. Kalau perwakilan ikut nasihat Malaysiawaves, gua bimbang akan menyebabkan pecah undi plak diantara mat sabu ngan husam. Sebab gua yakin Nasa pasti dah ada undi solid dari perwakilan yg menyokong dia.

Ok, katakan la Nasa dapat undi 40 %, tapi kalau Husam ngan Mat Sabu split jadi 30% - 30%, maknanya Nasa la boleh menang. Gua tak sanggup tengok benda ni berlaku.

Pandangan gua, sekarang ni pwakilan kena letak mindset "straight-fight" antara watak protagonis (Husam) vs antagonis (Nasa).

Hujah aku kenapa Husam perlu diutamakan berbanding Mat Sabu ialah :

1) Husam adalah calon yg paling teruk diserang oleh media2 UMNO-BN, manakala Mat Sabu sangat kurang mendapat liputan. Ini menunjukkan bahawa jika Husam menang, ia akan memberi KERUGIAN BESAR kepada mereka, manakala jika Mat Sabu menang, mereka tidak terasa TERANCAM sangat.

2) Husam merupakan anak didik TGNA selama hampir 20 tahun. TGNA telah mentarbiyah dan mempersiapkan Husam sebagai aset penting PAS di peringkat negeri dan nasional. Husam pernah menjadi ahli parlimen yg digeruni kerajaan, sehinggakan Mahafiraun dan daim pernah menawarkan jawatan dan tawaran berjuta2 ringgit untuk memancing Husam masuk UMNO-BN. Tarbiyah TGNA terhadap beliau telah menyaksikan Husam menolak kesemuanya.

3) Husam telah membuktikan keupayaannya dalam pentadbiran dengan memperkenalkan pelbagai pembaharuan dan program2 yg bersifat serampang banyak mata, iaitu turut sama mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap praktikaliti Islam dalam menyelesaikan masalah umat. Husam merupakan arkitek penting yg memperkukuhkan kembali kemenangan PAS di kelantan melalui pelaksanaan program2 pembangunan rakyat kelantan.

4) Husam sering mendahului dari aspek penyelesaian masalah. Lihat saja isu Perak, bagaimana Husam telah mengambil inisiatif bertemu dengan musuh dan berjaya menyatukan pandangan komponen2 BN supaya DUN Perak dibubarkan, sebagai suatu bentuk internal force kepada UMNO. Husam memang level pemikir yg wajar diletak ke timb pres untuk membantu hadi dengan berkesan

5) Semua tuduhan terhadap Husam TIDAK PERNAH dapat dibuktikan oleh pemfitnah2. Malah Husam telah berjaya melalui zaman pentadbiran Kelantan tanpa melakukan sebarang penyelewengan. Segala tuduhan liar yg dilemparkan, telah berjaya dibuktikan sebagai TIDAK BENAR.

Gua sayangkan Mat Sabu. Tapi gua lebih sayangkan parti. Sebab tu, bagi gua, kalau pwakilan BENAR2 nak angkat parti dan membawanya JAUH ke depan, pwakilan WAJIB memilih calon yang PALING TEPAT, iaitu Husam. Sebab dengan naiknya Husam, akan mempercepatkan proses pengebumian UMNO-BN.

Perwakilan perlu sedar bahawa pemilihan kali ini berbeza dengan pemilihan sebelum2 ini. Ia bukan berlegar di sekitar organisasi PAS semata-mata, tetapi ia berkait rapat dengan soal memilih kepimpinan negara menjelang PRU-13. Seandainya PR berjaya mengambil alih Kerajaan Persekutuan, maka kepimpinan parti yg dipilih dalam muktamar kali ini perlu bersedia untuk memimpin kerajaan. Maka, pwakilan perlu memastikan kabinet PAS kali ini dibarisi oleh pimpinan2 "government-in-waiting" bersama rakan2 PR, yg bersedia untuk menjadi pemimpin rakyat berbilang kaum kelak.

Sekarang masanya utk membuat PILIHAN TEPAT.

Keraguan2 yg ditimbulkan terhadap Husam TIDAK PERNAH DAPAT dibuktikan. Maka, UNDI SOLID wajib diberi kepada Husam. Mat Sabu harus memberi laluan kepada Husam kerana lu org berdua mempunyai fikrah yg sama, iaitu pro-PR.

Jangan pecahkan undi. Kerana jika undi pecah antara Husam dan Mat Sabu, Nasa akan tersenyum gembira. Buat lah pilihan yg tepat dan solid. Undi solid kepada Husam lah yang akan memenangkannya terhadap Nasa. Ini soal halatuju PAS. Sama ada condong kepada UMNO-BN atau condong kepada PR.

Jika mahukan PR mengkafankan SEGERA kabilah UMNO-BN, pilih lah Husam Musa.

Gua tak sanggup tengok Husam dan Mat Sabu masing2 dapat undi 30%.

Jangan kecewakan rakyat Malaysia.

Sumber - KEPALA OTAK BERJAMBUL

1 comment:

  1. Salam, bagi gua pulak Husam bukan dalam kategori ulama' kelas tinggi. Gua rase lu pun setuju apa gua cakap sebab PAS adalah parti Ulama' maka ulama' yg sebenarnya menjadi teras kepimpinan PAS. Kalaupun Husam pandai buat kerja, jikalau berlaku konflik yang berkaitan Islam yg menjadi taruhan, Husam tetap tidak mampu nak memikirkan yg terbaik sebab dia bukan ulama'. Tentang bimbingan daripada TGNA, lu kena semak betul-betul setinggi mana ilmu keulama'kan yg diajar kepada Husam. Gua rasa tak sedetail mana hanya cukup untuk dapat menjaga diri dari rasuah, penyelewengan dll itupun semasa TGNA masih ada. Ok, chau...

    ReplyDelete