Wednesday 3 June 2009

Pilihlah Husam Atau Abang Mat, Tapi Jangan Pilih.........

KUALA LUMPUR : "Saya tahu ramai yang sudah terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan kepada Husam Musa sejak tahun lepas. Sehingga ada blog "Anti Husam" yang diadakan khas untuk menyerang Husam Musa. Dan ada pula penulis upahan yang telah menulis buku untuk memfitnah Husam Musa dan akan dilancarkan sempena Muktamar depan ini. Ramai yang tak tahu, penulis upahan ini telah disaman oleh Husam Musa dua kali kerana beliau telah menuduh Husam tanpa bukti sebelum ini."

Demikian kata sepucuk emel dari Tulang Besi yang dihantar melalui "Penyokong Pas " kepada saya sebentar tadi. Agak menarik untuk difikirkan dan saya apungkan untuk tatapan anda semua.

Tulang Besi meminta mereka yang meragui Husam Musa, supaya mengundi Abang Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden. Janganlah mengundi calon Timbalan Presiden yang disukai dan diidami oleh Umno dan Barisan Nasional.

Katanya, cukuplah perpecahan dan persengkataan dalam PAS yang ditimbulkan oleh golongan yang berkepentingan dan bernafsu besar seperti mereka yang terlibat dalam Fraksi Umno ini. Mereka ini tidak membawa apa-apa kebaikan kepada PAS malahan mereka akan menjadikan PAS alat untuk menyelamatkan Umno sahaja.

Fraksi Umno ini adalah golongan yang tiada maruah dan mereka sanggup mengorbankan PAS semata-mata cita-cita dan kepentingan pribadi mereka sahaja.

Yang lebih menyedihkan, ulasnya, mereka sanggup menukar isu ini kepada kononnya menentang ulama. Sesiapa yang dilihat menentang usaha membawa PAS masuk Umno akan di cop menentang ulama. Begitu lah jahat dan jijik taktik yang dibawa oleh Fraksi Umno ini demi menyelamatkan Umno yang tercinta.

"Tidak disangka sebahagian dari ulama dalam PAS ini adalah dari jenis Harussani Zakaria dan mereka sanggup menjadikan PAS sebagai kuda tunggangan untuk menyelamatkan Umno," katanya keras.

Menurutnya, Husam menjadi mangsa mereka yang utama sebab tindakan Husam selama ini yang membawa PAS kepada arah yang lebih baik dan menurunkan populariti golongan totok dalam PAS. Pada PRU 2004, golongan totok ini menguasai keseluruhan imej dan tawaran PAS kepada umum. Hasilnya, PAS hilang Terengganu dan hilang semua kerusi di Perak dan Selangor.

Pada 2008, dakwa Tulang Besi, kaedah baru digunakan melalui usaha dan idea dari golongan "erdogan" atau "professional". Misalnya, digunakan slogan "PAS for All", di "engage" HINDRAFF, di tukar Negara Islam kepada Negara Berkebajikan.

Hasilnya, tambah beliau lagi, PAS mencatat kemenangan terbesar dalam sejarah PAS. Sekarang golongan totok ini mahu "membunuh" golongan professional/"erdogan" ini kerana:

a. Mereka mahu menyelamatkan Umno
b. Mereka mahu "hijack" kemenangan PAS ini dan menjadikan kemenangan ini seolah-olah hak mereka.
c. Mereka mahu memastikan PAS kembali kepada PAS sebelum 2004 sebab cara baru PAS ini bukan idea dari mereka.

"Bayangkan, orang yang bertanggungjawab ke atas kejatuhan Terengganu sekarang ini memacu usaha membawa PAS masuk BN."

Di Kelantan dakwa Tulang Besi, mereka memfitnah Husam Musa atas ke bawah sebab Husam Musa bertegas tidak mahu memberi balak kepada mereka ini. Kalau ditakdirkan Husam mengikut kehendak puak-puak ni, nescaya PAS akan kalah 2008 lepas. Maka Husam telah difitnah sehabis-habisnya untuk memastikan HUsam tidak naik dan penguasaan mereka terhadap balak di Kelantan dikekalkan.

"Di peringkat nasional, sekiranya Husam Musa dipilih, nescaya Umno akan tersunggkur PRU-13 kelak. Baru ni pun, Zahid Hamidi lari lintang pukang tak berani berdebat dengan Husam Musa setelah percubaan memfitnah Husam dengan tuduhan politik wang gagal," dakwa Tulang Besi penuh yakin.

"Oleh sebab itu, saya menyeru kepada mereka yang tidak menyukai Husam Musa, supaya mengundi Abg Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden. Kalau tidak, maka PAS hanya akan menjadi kuda tunggangan Umno sahaja dan akhirnya PAS terpaksa tunduk kepada tokeh judi dan arak, yakni yang menjadi pembiaya kepada Umno.

"Ingat, Najib Tun Razak tak sampai sebulan jadi MOF telah meluluskan 10 "Special Draw" yang baru. Tolonglah jangan jadikan PAS sebagai hamba kepada tokeh2 judi dan arak macam Umno," ujar beliau mengakhiri emel tersebut.

Sumber - SANGGAHTOKSAGO.COM

No comments:

Post a Comment