Monday 8 June 2009

MB Selangor Juga Tolak Kerajaan Perpaduan.

KL. Isnin Jun 8, 2009: Gagasan Kerajaan Perpaduan terus menerima kritikan dengan tamparan paling hebat, kali ini dari Menteri Besar Selangor, negeri tuanrumah muktamar PAS kali ke 55 diadakan, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyelar idea gagasan Kerajaan Perpaduan yang dibawa oleh Presiden PAS dan disokong oleh Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa.

"Parti Keadilan, DAP dan juga TG Nik Aziz tidak menerima konsep tersebut (Kerajaan Perpaduan). Kerajaan Perpaduan diantara PKR, PAS dan DAP, kita sudah ada Pakatan Rakyat," tegas beliau. Sebelum daripada ini DAP dan PKR telah pun membidas gagasan berkenaan dan mempertikaikan kenyataan Abdul Hadi yang menyatakan kononnya komponen pakatan rakyat telah bersetuju dengan gagasan tersebut.

DAP mempertikaikan kenyataan Presiden PAS yang Pakatan Rakyat telah memberi "reaksi positif" terhadap penubuhan kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional. PKR melalui Timbalan Presidennya, Syed Husin Ali pula berkata Pakatan Rakyat tidak pernah bersetuju dengan kerajaan perpaduan yang membabitkan Umno.

(Pelbagai Sumber/AK)

No comments:

Post a Comment