Thursday 2 July 2009

Hakim batu, hakim permata

Bukan saya yang kata, tapi NH Chan yang kata. NH Chan adalah bekas Hakim Mahkamah Rayuan. NH Chan kata ada enam hakim di Mahkamah Persekutuan yang tidak ikut kehendak perundangan ketika membuat keputusan. Tambah-tambah lagi jikalau ianya bersabit mempertikaikan tatacara kelaku kerajaan Barisan Nasional. Hakim-hakim ini telah dengan jelas melanggar Kod Etika Hakim 1994.

Walaupun NH Chan tidak mahu menyebut secara jelas nama-nama hakim tersebut, NH Chan tetap memberikan contoh yang jelas bilamana lima hakim Mahkamah Persekutuan pada bulan April lalu telah sebulat suara menolak kuasa sah yang ada pada Speaker DUN Perak, YB. V. Sivakumar. Hakim-hakim tersebut ialah,

1. Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff

2. Datuk Arifin Zakaria

3. Tan Sri Nik Hashim Nik Ab Rahman

4. Datuk Seri S. Augustine Paul

5. Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin

NH juga menambah krisis di Perak telah berjaya membezakan antara permata dengan batu di kalangan hakim-hakim di Malaysia. Ada hakim batu dan ada hakim permata.

Hakim Mahkamah Persekutuan ada 12 orang termasuk Ketua Hakim Negara. NH Chan kata enam daripada hakim di mahkamah ini mampu membuat keputusan dengan tidak berpandukan undang-undang yang sedia ada. Mungkin inilah hakim yang dimaksudkan sebagai hakim batu.

Status MB Nizar sebagai MB Perak akan dihakimi oleh lima orang hakim Mahkamah Persekutuan. Setakat ini rakyat belum dimaklumkan siapakah lima hakim yang akan mendengar hujah MB Nizar. Sekiranya kes ini dihakimi oleh kesemua hakim di atas, atau sekurang-kurangnya oleh dua hakim di atas, maka peluang MB Nizar untuk disahkan sebagai MB Perak adalah sukar. Dan pembubaran DUN Perak akan tertangguh lagi.

Jikalau Mahkamah Persekutuan mempunyai maruah dan ingin mengembalikan semula rasa hormat rakyat kepada mahkamah, lima hakim yang mendengar kes ini mestilah bukan terdiri daripada hakim yang telah membuat keputusan akan kes Speaker DUN Perak pada April lalu. Mahkamah Persekutuan mesti mempunyai kekuatan untuk meminggirkan lima hakim di atas daripada terlibat dalam membuat keputusan akan siapa sebenarnya MB Perak yang sah. Mahkamah Persekutuan boleh memilih mana-mana lima hakim daripada baki tujuh hakim yang masih ada.

Sebelum ini kita biasa mendengar perumpamaan saksi ke lutut. Sekarang kita mungkin boleh menambah perumpamaan baru iaitu hakim ke lutut. Saksi ke lutut boleh dipertikaikan keterangannya, manakala hakim ke lutut pula boleh dipertikaikan keputusannya. Hakim ke lutut merujuk kepada hakim yang lima …

Sumber asal yang diulas : http://greenboc.blogspot.com/2009/07/nizar-zambry-wibawa-6-hakim-disangsi.html

No comments:

Post a Comment