Tuesday 9 June 2009

PAS Tersasar Jauh Dari Landasan Dibawah Pimpinan TGHH & Nasa

From : othman inayatullah
Date : 2009/6/9

Saya juga tidak setuju jika PAS bergabung dengan UMNO kerana Kerajaan Perpaduan. Saya sendiri tak faham apa maksud kerajaan perpaduan yang berada di akal minda seorang bernama Hadi Awang bersama orang kuat beliau yang saya suka panggil Nasha. Adakah kerajaan perpaduan ini melibatkan perpaduan warga Malaysia yang meliputi Melayu, India, Cina, Siam, Kadazan, Dayak dan sebagainya atau perpaduan melayu sahaja?

Sehingga ke hari ini saya tidak nampak perpaduan antara bangsa di Malaysia dalam keadaan bercakaran seperti 13 Mei 1969 kalau yang dikatakan kerajaan perpaduan itu melibatkan seluruh bangsa Malaysia. Jika akal Hadi Awang menjurus kepada perpaduan melayu, PAS bukan lagi bersifat universel iaitu bersifat untuk semua tetapi bersifat bangsa. Ingat jika perjuangan yang bersifat bangsa sebenarnya dimurkai Allah swt seperti mana Hadi Awang sendiri pernah katakan.

Untuk pengetahuan Hadi Awang, Saudara Nasha dan mereka-mereka yang berada dalam PAS yang menyokong kerajaan perpaduan ini, bahawa kemenangan calon-calon PAS bukan sebabkan ahli PAS yang ramai tetapi disebabkan pengundi yang ingin pemimpin mereka bersih dan berbakti kepada semua secara adil. Jika dibandingkan ahli PAS dan UMNO, ahli UMNO lebih dari 10 kali ganda ramai daripada PAS, tetapi kenapa PAS boleh memenang dalam PRK Kuala Terengganu dan Bukit Gantang. Jawapannya adalah di atas.

Sekiranya PAS masih meneruskan niat Kerajaan Perpaduannya dengan UMNO, saya jangkakan bahawa PRK di Kelantan, PAS akan kalah walaupun menggunakan lambang BN.

Kenapa Hadi Awang tidak mengusulkan kerajaan perpaduan dengan DAP, PKR, MIC, MCA, Gerakan dan lain-lain parti selain UMNO. Kenapa UMNO? Tidakah itu menunjukkan Hadi Awang gila pangkat dan kuasa. Walaupun saya bukan mana-mana ahli parti politik tetapi saya sayangkan PAS.

Saya sayang Ustaz Fadzil Nor kerana beliau seorang yang sederhana, lembut dan tidak pernah tergoda dengan pangkat dan kuasa. Dalam zaman beliau, PAS dikalahkan dalam setiap PRU tetapi beliau sabar dan berusaha untuk mengetengahkan PAS.

Saya sayangkan PAS kerana adanya Tuan Guru Nik Aziz yang banyak menyedarkan saya dalam setiap kata-kata beliau walaupun beliau cakap kelantan.

Tetapi kini saya sudah mula benci PAS kerana Hadi Awang dan si Nasha. Mereka ini yang bakal menyebabkan PAS bersubahat dengan perosak negara (UMNO). Saya amat harap sekira ada kalangan orang kuat Hadi Awang atau si Nasha, tolong emailkan kepada mereka isihati saya ini.

Ingat pangkat dan kuasa itu hanya sementera dan akan dicabut daripada kita juga samada secara baik mahupun secara hina. Kita tidak perlu jadi TPM kalau kita sentiasa beritizam perjuangan kita untuk keadilan sejagat mengikut lunas-lunas Islam.

Untuk penyokong PAS, PAS sekarang telah dirogol oleh Hadi Awang dan Nasha. Perogolan berganda dan berulang-ulang, bukan sehaja dirogol tetapi diliwat oleh kedua mereka ini. Saya benci Hadi Awang dan Nasha!

sumber dari perisikrakyat

No comments:

Post a Comment