Tuesday 9 June 2009

Mahathir tidak setuju k'jaan perpaduan

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pembangkang perlu ada bagi memainkan peranannya sebagai "cermin" kepada kerajaan dan "tidak sihat" mewujudkan negara satu parti.

"Kalau nak buat negara satu parti ni, kurang sihat la, kita kena ada
pembangkang, jika tidak kita tidak ada cermin nak tengok muka kita, cantik ke tidak," katanya ketika diminta mengulas cadangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mantan perdana menteri berkata idea kerajaan perpaduan yang
dimaksudkan Abdul Hadi juga "tidak jelas", sama ada ia dilakukan di antara PAS dan Umno atau BN dengan pakatan pembangkang, lapor Bernama.

"Dulu masa kita tubuhkan BN, kita jemput semua orang (parti) untuk menyertai dan yang tolak hanya DAP.

"PAS pun masuk jugak BN tapi kemudian kita terpaksa berpisah dengan PAS sebab dia guna kuasa dia dalam kerajaan untuk perkukuhkan parti dia bukan BN," Dr Mahathir dipetik berkata dalam satu sidang media di Shah Alam hari ini.

Ditanya bukankah perpaduan itu akan memberikan keuntungan kepada negara, Dr Mahathir berkata ia mendatangkan kebaikan jika kedua-dua pihak ikhlas melakukannya demi untuk negara.

"Tapi ahli politik ni kadangkala susah jugak nak ikhlas, saya ahli politik
jugak tau," katanya sambil tersenyum.

Terdahulu, Dr Mahathir merasmikan kilang perintis Green Base Utama Sdn Bhd di Seksyen 28 di sini, yang mampu menukar barang buangan plastik kepada biofuel.

Saranan segelintir pemimpin atasan PAS untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bukan sahaja dibantah oleh pemimpin-pemimpin kanan parti itu tetapi tidak diterima oleh rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat.

malaysiakini

No comments:

Post a Comment