Sunday 26 July 2009

Kes Teoh : Adakah Wujud Satu Lagi Konspirasi ?

Dato' Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Selangor melaporkan siasatan polis berhubung kes kematian Teoh Beng Hock kini tinggal 10 atau 15 peratus untuk dibereskan, dan ia dijangka siap sepenuhnya sebelum inkues bermula minggu depan. Namun yang pelik sehingga kini tidak ada individu pun di tangkap atau mereka disyaki ditahan dalam kes kematian Teoh.

Atau polis sudah mempunyai skrip tersedia menyatakan Teoh terjun sendiri dari Plaza Massalam dan membunuh diri ? Atau pihak polis mempunyai strategi bersama dengan SPRM untuk menutup kes sebenar kematian Teoh ?

Persoalan ini timbul ekoran dakwaan peguam keluarga Teoh, Lim Lip Heng sebagaimana dilaporkan media online menyifatkan pihak polis mahu "melepaskan para pegawai SPRM dari sebarang beban" berikutan kematian mengejut Teoh. MP Segambut itu juga memberitahu, dalam siasatan ke atas tunang dan ahli keluarga Teoh, pihak polis ingin tahu apakah mendiang berada dalam keadaan tertekan menghadapi masalah kewangan sehinggakan beliau boleh membunuh dirinya.

Tetapi keluarga Teoh menafikan semua itu. Keluarga Teoh memberitahu beliau seorang yang ceria, tidak ada masalah di tempat kerja dan tidak ada masalah kewangan. Menurut Lim, pihak polis juga mengemukakan "soalan yang menarik" kepada tunang Teoh, Soh Sher Wei . Soalan tersebut ialah sama ada Teoh menukar kasutnya setiap hari. Ia berikutan pendedahan pegawai penyiasat bahawa kasut Teoh kelihatan terkoyak ketika mayatnya ditemui.

Menurut peguam keluarga Teoh, Eric Tan Pok Shyong mendakwa kebanyakan soalan polis menjurus kepada kemungkinan Teoh tidak terbunuh akibat tindakan pegawai SPRM. Pihak polis banyak bertanya berkenaan karakter Teoh, seperti pernahkah beliau merungut tentang kerjanya sebelum mati dan cuba mengaitkan dengan kerjanya dan kemungkinan beliau membunuh diri akibat tekanan tersebut. Pihak polis juga bertanya adakah Teoh menghisap rokok. Kemungkinan soalan itu dikeluarkan bertujuan untuk mengaitkan kematian Teoh ketika menghisap rokok berhampiran tingkap.

Walaubagaimanapun, keluarga Teoh tetap menolak kemungkinan beliau membunuh diri. Sekiranya dakwaan seumpama ini mahu diwujudkan oleh pihak tertentu yang melakukan siasatan terhadap kes tersebut. Nescaya wujud satu lagi konspirasi terancang untuk menutup kebenaran sepertimana berlaku ke atas kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim.


http://addin77.blogspot.com"

No comments:

Post a Comment